Buying and Selling Tips/Guides

6 sebab beli kereta terpakai jimat duit

Setiap orang ingin memiliki sesuatu yang baharu, termasuklah kereta. Menghidu bau kereta baharu, menanggalkan pembalut plastik daripada kerusi, memang setiap seorang daripada kita ingin melakukan itu semua apabila kita dapat sebuah kereta baharu kita. Tapi jika anda tidak mampu, patutkah anda membelinya? Atau patutkah anda membeli kereta terpakai dan bagaimana membeli kereta terpakai boleh jimat duit?

save money
Dengan kos sara hidup hari ini, adakah anda pasti untuk membelanjakan duit anda dengan membeli kereta baharu? Jika anda pandai mencari, anda pasti boleh dapat kereta terpakai seperti kereta baharu!

Jadi, bagaimana anda boleh menjimatkan duit dengan membeli kereta terpakai?

Kereta Susut Nilai Dengan Cepat

car depreciation

Walaupun ramai percaya bahawa kereta baharu adalah sebuah pelaburan, sebenarnya tidak. Pelaburan adalah sesuatu yang membantu anda memperolehi wang. Jika anda perlu membayar untuk sesuatu, it bukanlah pelaburan. Sehingga 30% daripada nilai kereta baharu akan hilang apabila anda menggunakannya pada kali pertama. Inilah sebab terdapat perbezaan harga yang begitu besar antara sebuah kereta baharu dan sebuah kereta 5 tahun walaupun modelnya sama.

Bayaran Ansuran Bulanan Lebih Rendah

money stack

Bayaran ansuran kereta terpakai biasanya lebih rendah kerana kesusutan nilai dan sebab pemilik pertama telah membayar harga kereta baharu. Anda boleh jimat duit dengan senang, terutamanya jika anda memilih tempoh yang pendek seperti 5 tahu. Dengan ini, faedah yang perlu dibayar juga lebih rendah! Tak kisah anda beli Mercedes atau Perodua terpakai, kedua-duanya lebih murah daripada kereta yang sama tetapi baharu.

Kita akan bandingkan empat senario; jika anda membeli Perodua Myvi 1.5L X yang berharga RM49,900, dengan  faedah sebanyak 3.5%.

A. Bayaran Pendahululan RM10,000 yang dibayar dalam tempoh 5 tahun.
B. Bayaran Pendahululan RM10,000 yang dibayar dalam tempoh 7 tahun.
C. Bayaran Pendahululan RM20,000 yang dibayar dalam tempoh 5 tahun.
D. Bayaran Pendahululan RM20,000 yang dibayar dalam tempoh 7 tahun.

SenarioABCD
Bayaran Pendahuluan RM10,000Bayaran Pendahuluan RM20,000
Tempoh Bayaran Pembiayaan5 Tahun7 Tahun5 Tahun7 Tahun
Bayaran Ansuran Bulanan781.38591.38585.54443.16
Prinsipal46,882.5049,675.5035,132.5037.225.50
Faedah6,982.509,775.505,232.507,325.50
Jumlah53,865.0059,451.0040,365.0044,551.00

 

Perbezaan antara senario A dan B adalah RM5,586 dan perbezaan senario C dan D adalah RM4,186. Dalam kedua-dua perbandingan, anda perlu membayar lebih jika anda memilih tempoh pembayaran yang lebih panjang. Tempoh pembayaran yang lebih panjang mungkin lebih sesuai untuk pembeli yang ingin membayar bayaran ansuran bulanan yang lebih kecil.

Tetapi, jika anda membuat bayaran pendahuluan yang kecil, anda perlu membayar lebih pada masa jangka panjang. Contohnya, bayaran senario A ialah RM13,500 lebih daripada senario C dan bayaran senario B ialah RM14,900 lebih daripada senario D.

Secara ringkasnya, lagi panjang tempoh bayaran dan lagi kecil bayaran pendahuluan, lagi banyak anda perlu membayar dalam bentuk bayaran ansuran bulanan. Oleh itu, anda patut melaraskan berapa banyak yang anda bayar bedasarkan kebolehan anda. Anda juga boleh membaca artikel kami tentang berapa banyak anda patut membayar untuk memiliki sebuah kereta (Bahasa Inggeris) untuk mengetahui lebih lanjut tentang pembiayaan yang paling sesuai untuk anda.

Senggaraan Yang Rendah

upkeep

Jika anda pernah membeli kereta baharu, anda pasti tahu perassan menunggu di pusat servis. Kereta baharu mempunyai jadual servis yang teratur, dan perlu dipatuhi untuk memastikan nilai kereta kekal. Jika anda membeli kereta yang mempunyai pelbagai masalah, sudah pasti anda akan tidak berkereta untuk beberapa hari. Di Amerika Syarikat, kereta-kereta ini dipangil ‘lemon’.

Lemon ini adalah mimpi ngeri bagi pembeli kereta baharu. Jika anda membeli kereta terpakai, anda boleh menguruskannya dengan senang. Jika anda menyemak rekod dan laporan kereta dengan teliti, anda boleh menguruskannya dengan senang. Jika anda menyemak rekod dan laporan kereta dengan teliti, anda boleh mengesahkan bahawa kereta ini kereta lemon atau tidak. Atau anda boleh datang ke myTukar dan cari kereta idaman anda! Kami memeriksa setiap kereta dengan teliti, jadi leom bukan masalah!

Pembiayaan Lebih Rendah

car insurance

Satu lagi perbelanjaan kereta adalah pembiayaan kereta. Memandangkan pembiayaan kereta dikira dengan nilai kereta, pembiayaan kereta terpakai anda akan lebih murah.

Satu tempat untuk mendapatkan pembiayaan kereta anda adalah PolicyStreet.com! Anda boleh membeli pembiayaan kereta dan cukai jalan dengan beberapa klik sahaja.

Kurangkan Kerugian Bila Jual Kereta Terpakai

reduce losses

Akan tiba masanya anda akan menjual kereta anda. Bila anda menjual kereta terpakai anda, anda akan mendapat semula hampir keseluruhan duit anda. Ini kerana anda akan menjual kereta terpakai anda pada harga yang paling hampir dengan harga sewaktu anda membelinya dahulu.

Dapatkan Lebih Dengan Harga Lebih Rendah

Jika bajet anda ialah RM100,000, anda boleh miliki sebuah Toyota Vios baharu (RM98,100 B-Segmen). Tapi jika anda membeli kereta terpakai, anda boleh membeli sebuah kereta dari satu segmen atau yang lebih tinggi.

car RM100000

Berdasarkan gambar di atas, anda boleh membeli sebuah Honda Civic 2017 (C-Segmen) dengan RM97,000.

Jika anda masih ingin membeli kereta baharu, sila layari Guaranteed Buy Back Value di mana anda boleh mengetahui lebih lanjut tentang bagaimana anda boleh menjual kereta anda dengan harga yang terjamin!

Related Articles

Back to top button