Buying and Selling Tips/Guides

Kereta recond atau kereta terpakai: yang mana lebih baik?

Kita pernah dengar tentang kereta recond dan kereta terpakai. Tetapi, tahukah anda bahawa dua-dua jenis kereta ini mempunyai berbezaan?

Kereta Diperbaharui (Recond)

recon cars

Semua kereta recond adalah diimport daripada negara lain. Kereta recond boleh berasal daripada England, Jepun, atau negara-negara lain yang memandu di kiri.

Kelebihan

Diperbaharui

Semua kereta recond adalah kereta dari luar negara yang telah diperbaharui sebelum dijual dalam negara. Oleh itu, kereta recond adalah seperti baharu tanpa calar, lekuk, atau kerosakkan sebuah kereta terpakai.

Kadar Faedah Lebih Rendah

Selain itu, kereta recond tidak pernah didaftar in Malaysia, jadi kereta-kereta recond dianggap sebagai kereta baharu. Oleh itu, pinjaman bank kereta recond adalah lebih rendah daripada pinjaman kereta terpakai walaupun kereta recond sebenarnya bukan kereta baharu.

Spesifikasi Lebih Baik

Satu manfaat memilih kereta recon adalah pembeli boleh dapat model, spek, dan aksesori yang tidak terdapat dalam negara. Anda boleh memperolehi bantuan memandu, rim tayar, dan XX yang tidak terdapat di Malaysia, jika anda membeli kereta recond.

Satu lagi kelebihan mendapatkan kereta recon ialah anda akan ada lebih pilihan dalam kepelbagaian model, spesifikasi dan aksesori yang tersedia. Anda boleh mendapatkan kit keselamatan, reka bentuk rim dan kit badan yang tidak dikeluarkan di Malaysia jika anda mendapat versi recon.

Kekurangan

Tanpa Rekod Kereta

Kereta negara lain biasanya tidak mempunyai rekod. Maksudnya, pembeli tidak boleh dapatkan infomasi tentang pengunaan kereta dan rekod penyelengaraan. Maksudnya, mileage kereta mungkin diusik dan anda tidak akan tahu.

Tanpa Jaminan

Selain daripada rekod kereta, kereta recond juga tidak mempunyai jaminan. Walaupun kereta recond anda adalah seperti baharu.

Kos Tinggi

Kereta recond biasanya lebih mahal daripada kereta terpakai. Ini sebab kereta recond diimport dari luar negara dan diperbaharui. Ini menyebabkan kos meninggi untuk membayar pekerja yang mengimport, memproses, dan memperbaharui kereta-kereta recond. Jadi, walaupun kereta recond adalah kereta terpakai, harganya memang tinggi.

Kereta Terpakai

Buy Car Trade-in

Kereta terpakai adalah kereta dari sumber tempatan yang dimiliki atau dipakai oleh pemandu lain sebelum dijual.

Kelebihan

Pelbagai Pilihan

Antara kelebihan kereta terpakai adalah anda mempunyai pelbagai pilihan. Sebab terdapat ramai pemilik kereta di Malaysia, jumlah kereta yang akan dijual juga tidak kurang. Kereta-kereta ini akan masuk ke pasaran kereta terpakai dan menjadi pilihan untuk para pembeli. Di samping itu, kekurangan mikrocip tidak menyebabkan kelewatan penghantaran kereta terpakai seperti kereta baharu. Jadi, walaupun pembeli kereta baharu perlu menunggu beberapa bulan untuk kereta mereka, pembeli kereta terpakai boleh dapatkan kereta mereka dengan segera.

Rekod Kereta Boleh Diperolehi

Selain itu, kebaikkan kereta Malaysia adalah rekod kereta senang dicari. Anda boleh mengesahkan bahawa informasi tersebut adalah tepat. Oleh itu, kereta dengan rekod yang bermasalah boleh dielakkan dalam pencarian untuk kereta impian anda.

Undingan Secara Terus

Apabila membeli kereta terpakai, anda boleh berurusan dengan peniaga atau pemilik kereta tanpa perantara. Jika anda pandai berunding, anda mungkin boleh menjimatkan duit.

Kekurangan

Kadar Faedah Tinggi

Kekurangan utama kereta terpakai adalah ketinggian kadar faedahnya. Kereta terpakai bukan kereta baharu, jadi kereta-kereta tersebut telah susut nilainya. Oleh sebab risiko kereta terpakai mempunyai banyak masalah adalah tinggi, kadar faedah juga ditinggikan untuk kereta terpakai.

Nombor Lesen Kereta Ditetap

Selain itu, satu kekurangan membeli kereta terpakai adalah anda tidak boleh memilih nombor lesen kereta. Jika anda terjumpa kereta idaman anda tetapi kereta tersebut mempunyai nombor lesen yang tidak diinginkan, anda boleh membelinya atau cari kereta yang lain.

Apa di Depan Mata, Itulah yang Anda akan Dapat

Akhirnya, bila anda membeli kereta terpakai, anda membeli kereta tersebut seperti di depan mata anda. Setiap calar, lekuk, dan kerosakkan lain tidak akan dibaiki sebelum anda mendapatkannya. Jika anda hendak kereta terpakai yang diperbaharui, anda perlu melakukannya sendiri.]

Kereta RecondKereta Terpakai
DiperbaharuiYaTidak
FaedahRendahTinggi
SpesifikasiLuar NegaraDalam Malaysia
RekodTiadaAda
JaminanTiadaBergantung
KosTinggiRendah
NomborBaharuLama

myTukar

Dengan myTukar, anda boleh dapatkan kelebihan kereta recond dan kereta terpakai. Setiap kereta melalui pemeriksaan standard serantau 160-Point. Setiap kekurangan akan dicatat dan dipamerkan di laman web kami secara telus. Kereta tersebut akan diperbaharui sebelum kami jualkan kepada anda.

Memandangkan sumber setiap kereta kami adalah sumber tempatan, kami mempunyai inventori yang besar. Anda boleh melayari laman web kami dan mencari kereta idaman anda! Jangan risau, kami menyemak rekod kereta dengan teliti dan mengesahkan bahawa informasi tersebut adalah tepatdan layak memperolehi sijil myTukar Certified Car.

Kami juga menyediakan pelbagai pinjaman dan pembiayaan melalui rakan kongsi kami, jadi anda tidak perlu mencari pinjaman dan pembiayaan yang sesuai untuk anda di merata-rata tempat. Apabila anda dapat kereta anda, kami juga membekalkan 12-Bulan Waranti Lanjutan, supaya anda masih dilindungi semasa anda memandu.

Tunggu apa lagi? Layari laman web kami dan mendapatkan kelebihan kereta recond dan kereta terpakai!

Related Articles

Back to top button