Lifestyle

Cara Membaharui Lesen Memandu

Tahun baharu 2022 dan anda telah memperbaharui cukai jalan, tetapi adakah lesen memandu anda sah laku?

Driving License

Lesen Memandu Anda

Apabila anda menerima lesen memandu, anda melihat tarikh tarikh tamat tempoh pada kad tersebut. Sebelum November 2011, tarikh tamat tempoh ialah tarikh rawak yang ditetapkan mengikut tempoh sah yang telah anda pilih (1, 3 atau 5 tahun). Selepas November 2011, tarikh tamat tempoh lesen memandu sepadan dengan tarikh lahir pemandu, jadi lebih mudah untuk diingati.  

Syarat-Syarat

Sebelum anda memperbaharui lesen anda, anda perlu memastikan bahawa anda tidak disenaraihitamkan dan anda mesti mempunyai lesen memandu sedia ada.

Jika anda Sekiranya anda memenuhi syarat di atas, anda boleh meneruskan untuk memperbaharui lesen memandu anda. Berikut adalah harga lesen memandu berdasarkan tempoh sah laku.

Tempoh Sah Laku (Tahun) Harga (RM)
1 30
3 90
5 150

Memandu Tanpa Lesen yang Sah Laku

Jika anda ditangkap tanpa lesen memandu yang sah laku, anda boleh didenda. Denda ini bergantung pada tempoh lesen anda telah tamat tempoh.

1-15 Hari RM 150
16-30 Hari RM 200
31-60 Hari RM 300

Sekiranya anda tidak memperbaharui lesen anda lebih daripada 3 tahun, anda perlu mengambil peperiksaan semula. Surat eRayuan akan diberikan kepada anda untuk mendapatkan lesen L pelajar yang berharga RM30. Setelah anda lulus peperiksaan anda akan diberikan lesen percubaan (P) selama 2 tahun.

Membaharui Lesen Memandu

Anda boleh menyemak kesahihan lesen memandu anda dengan melayari laman sewangan JPJ. Setelah berada di laman sesawang tersebut, ikuti langkah ini.

  1. Klik pada kategori ID dan pilih ID yang sesuai. Untuk rakyat Malaysia, klik pada MyKad.
  2. Masukkan nombor ID anda dan kod keselamatan yang diberikan. Pastikan anda mengikut format dan masukkan maklumat yang betul.
  3. Semua maklumat yang berkaitan dengan lesen memandu anda akan ditunjukkan.

Jika anda perlu meneruskan pembaharuan, ikuti langkah berikut.

Pembaharuan

Pejabat Pos

Untuk memperbaharui lesen anda di mana-mana Pos Malaysia, bawa MyKad dan lesen memandu terkini anda.

Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ)

Pilihan lain ialah pergi ke pejabat JPJ terdekat anda dengan MyKad dan lesen memandu terkini anda. Anda juga boleh membawa sekeping gambar diri bersama anda, walaupun tidak perlu. Mengambil masa kurang daripada satu jam untuk memperbaharui lesen anda di sini.

Pusat Transformasi Bandar (UTC)

Anda juga boleh pergi ke cawangan UTC (Pusat Transformasi Bandar) yang berhampiran dengan kediaman anda unduk memperbaharui lesen memandu anda, seperti berikut : – 

  • UTC KL, Kuala Lumpur
  • Mini UTC Sentul, Kuala Lumpur
  • Mini UTC Keramat, Kuala Lumpur
  • UTC Kedah, Kedah
  • Mini UTC Sungai Petani, Kedah
  • UTC Perak, Perak
  • UTC Melaka, Melaka
  • UTC Johor, Johor
  • UTC Pahang, Pahang
  • UTC Terengganu, Terengganu
  • UTC Kuching, Sarawak
  • UTC Sibu, Sarawak
  • UTC Miri, Sarawak
  • UTC Sabah, Sabah
  • UTC Tawau, Sabah

Pembaharuan Dalam Talian Sesawang

Anda juga boleh ke sesawang MyEG untuk membaharui lesen memandu anda. Jika anda tidak memilikinya langgan ID,boleh membuat akaun baharu untuk memperbaharui lesen memandu anda. Anda juga boleh menyemak saman kereta anda dari semasa ke semasa di laman sesawang tersebut.

Create an account with myeg to renew your drivers licnese

Pilih ‘Membaharui Lesen Pemandu’

Lengkapkan semua maklumat yang diperlukan dan pilih kaedah pembayaran anda. Pastikan semua maklumat yang diberikan adalah betul sebelum membuat bayaran. Anda hanya perlu menunggu lesen memandu anda tiba. Harap maklum bahawa terdapat caj penghantaran:

Caj RM5 dikenakan untuk penghantaran di sekitar Lembah Klang, RM6 bagi semenanjung Malaysia dan RM10 bagi Sabah dan Sarawak.

Lembah Klang RM 5
Peninsula Malaysia RM 6
Sabah dan Sarawak RM 10

Cara lain adalah pergi terus ke halaman utama dan memilih ‘Pembaharui Lesen Memandu’.

MyEG Homepage

Dari sana anda akan ke sini, anda boleh memilih untuk memperbaharui cukai jalan atau lesen memandu anda, klik tersebut akan membawa anda ke laman sesawang MyEG di atas.

Ingat bahawa akses kepada perkhidmatan internet tidak sekata di negara ini, anda mungkin masih perlu pergi ke cawangan untuk memperbaharui lesen anda. Kami berharap artikel ini membantu anda untuk merancang pembaharuan lesen anda.

Jika anda ingin membeli kereta baharu, atau menjual kereta anda, sila rujuk dengan kami! Kami menjual kereta terpakai berkualiti dengan pakej yang menarik selepas jualan! Anda juga boleh membaca bagaimana anda boleh cek saman polis!

buy car

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button