Cara Cek Saman Polis

Buying a car

Pada masa lampau, kita perlu pergi ke pejabat-pejabat atau membuat pangilan telefon untuk mendapatkan informasi, tetapi pada zaman digital ini, kita hanya memerlukan alat elektronik untuk mendapatkan informasi tersebut. Oleh kerana itu, artikel ini akan memberitahu anda cara cek saman polis secara atas talian.

Semak Laman Web MyEG’s

MyEG Check Summons Online
The MyEG website’s ‘Create an eServices Account’ page.

Laman web MyEG memberi pelbagai kemudahan. Antaranya, anda boleh memperbaharui cukai jalan, insurans, lesen menandu, serta memperbaharui MyKad anda. Dengan hanya beberapa langkah, anda boleh menggunakan laman web ini untuk cek saman PDRM, JPJ, dan AES.

JPJ

Pergi ke laman web JPJ.

JPJ Check Summons Online

Di laman web tersebut, anda boleh hanya perlu isi nombor MyKad anda serta nombor plat kereta anda di menu. Selepas itu, anda perlu memasukkan informasi yang diperlukan. Semua informasi relevan tentang saman JPJ dan AES akan dipaparkan. Anda boleh memilih tindakan anda.

Semak RILEK

Rilek, Check Summons Online

RILEK, atau ‘Rangkaian Interaktif Laman Elektronik Kerajaan’ adalah laman web yang dikendali oleh kerajaan. Laman web ini merupakan sebahagian inisiatif untuk memberi perkhidmatan atas talian untuk rakyat Malaysia.

Seperti laman web lain, anda perlu mendaftar sebelum anda boleh akses semua kemudahannya. Selepas log masuk, anda boleh menyemak saman JPJ atau PDRM, tetapi satu demi satu. Saman anda, jika ada, boleh dibayar dengan solusi perbankan yang disediakan.

MyBayar Saman

MyBayar Saman, Check Online Summons

MyBayar Saman mempunyai sistem yang senang dan terus terang. Anda boleh mendaftar atas laman web atau aplikasi untuk cek dan membayar saman anda. Anda perlu memasuki informasi anda dan konfirmasi OTP yang dihantar kepada telefon bimbit anda. Anda juga perlu menetapkan kata laluan.

Selepas log masuk, anda akan melihat laman web berikut:

Saman anda dan informasi lain akan dipaparkan. Anda boleh memilih cara pembayaran anda dan membayar saman anda.

Kesimpulannya, anda dicadangkan untuk mencuba semua laman web dan mencari laman web yang paling sesuai untuk anda. Selepas itu, anda tahu cara anda boleh cek saman polis anda dan membayar! Jika anda sedang mencari kereta, anda boleh membeli atau menjual bersama myTukar!

Sell your car

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *