Buying and Selling Tips/Guides

Perkara yang WAJIB Periksa Sebelum Membeli Kereta Terpakai

Buying a car

Kereta terpakai menjadi trend masa kini apabila seseorang ingin menukar kereta. Tetapi bagi sesetengah orang, pemilihan kereta terpakai adalah benda yang amat sukar dilakukan.

Seperti membeli kereta baru, anda perlu membuat kajian sebelum memutuskan kereta yang anda inginkan. Senaraikan perkara yang perlu anda periksa dan tentukan sama ada anda mampu memikul tanggungjawab yang mungkin akan timbul setelah membeli kereta terpakai.

Jarak Tempuh

Mileage kereta

Sentiasa berwaspada terhadap penjual kereta yang mengganggu atau menetapkan semula odometer. Anda harus mendapat rekod penyelenggaraan dan pemeriksaan dari penjual kereta agar supaya dapat mengesan sebarang penyelewengan. Sebagai contoh, anda mesti periksa rekod penyelenggaraan jika jarak tempuh di bawah purata penggunaan tahunan yang sepatutnya. Selain itu, calar-calar yang jelas di sekitar papan pemukaan mungkin adalah tanda-tanda gangguan. Oleh sebab itu, kereta terpakai itu perlu diperiksa sekali lagi.

Ingat! Anda boleh memfailkan aduan kepada Tribunal Tuntutan Pengguna jika terdapat odometer telah dikacau. Jangan lupa membawa dokumen sokongan yang mencukupi.

Rekod Penyelenggaraan

servis kereta, enjin kereta

Rekod penyelanggaran mengikut tarikh yang ditetapkan boleh memberi banyak info terhadap pemilik sebelumnya. Ini amat penting untuk memperhatikan sebarang tarikh penyelenggaraan yang tertunda meskipun rekod penyelenggaraan adalah lengkap. Sekali atau dua kali masih boleh diterima tetapi lebih daripada itu boleh mempengaruhi prestasi kereta.

kemalangan kereta

Terdapat juga sebilangan kereta yang membuat pengubahsuaian terutama sekali kenderaan yang pernah mengalami kemalangan. Dengan ini, adalah baik memeriksa rekod kemalangan kereta atau syarikat insurans sama ada keadaan kereta terganggu dalam sebelum itu.

Kondisi

kereta berkarat

Karat

Karat terjadi melalui beberapa peringkat jika tidak dirawat dengan segera. Ia akan merebak ke badan dan casis kereta dan mengakibatkan kerosakan pada struktur kereta. Biasakan diri anda dengan tahap karat di bawah:

  1. Anda akan dapat melihat beberapa gelembung cat di permukaan. Apabila ia pecah, ia akan menampakkan kakisan merah, hitam atau putih pada logam.
  2. Terdapat juga karat boleh dijumpai yang biasanya kelihatan dalam tekstur serbuk pada cat.
  3. Kemunculan kakisan dan lubang pin yang amat ketara.
  4. Tanda-tanda lubang dan kakisan yang telah menembusi logam.

Sekiranya anda takut anda terlepas periksa, adalah disarankan agar kereta diperiksa dengan teliti oleh mekanik yang profesional.

Jangan sesekali memandang rendahJangan sesekali memandang rendah karat kerana ianya boleh merebak di bahagian kereta dengan cepat.

Luaran Kereta

lampu kereta

Lampu

Untuk memastikan isyarat berfungsi.

Cermin

Cermin yang pecah atau retak akan menjadi penghalangan pada penglihatan anda terutama ketika anda menukar lorong.

Cermin Depan & Pengelap

Keretakan kaca depan yang sedikit pun boleh menjejaskan struktur kereta dan sentiasa memastikan pengelap dalam keadaan baik ketika hujan. Periksa pengelap jika ianya berfungsi dengan sempurna.

Tayar

Tayar yang tidak sama rata adalah tanda ketidakseimbangan kereta dan ia akan mempengaruhi sistem kereta dan menggantinya akan menggunakan sedikit perbelanjaan.

Dalaman Kereta

brek kereta

Roda Stereng

Pastikan ia tidak longgar. Anda perlu memastikan kereta itu dapat bergerak dalam keadaan lurus untuk mengelakkan kemalangan di masa hadapan.

Hawa Dingin

Pastikan tiada kebocoran, kondensor yang rosak, masalah kompresor atau masalah elektronik. Anda tidak mahu melalui hari yang panas tanpa penyaman udara bukan?

Brek

Sekiranya mengalami kesukaran terhadap brek kereta, lebih baik mempertimbangkan semula keinginan membeli kereta itu.

Bendalir

Memastikan semua bendalir mesti berada pada tahap optimum, terutama brek, minyak, transmisi dan roda stereng.

Pandu Uji

pandu uji

Anda boleh membawa rakan atau mekanik yang dipercayai bersama anda semasa pandu uji. Dua pasang mata dan telinga tentunya lebih cekap dalam mengesan masalah kereta. Cara lain agar anda tidak terlepas periksa adalah dengan membuat senarai semak.

Tempah pandu uji di Pusat Pengalaman kami yang bertempat di Paradigm Mall, One Utama, dan Puchong South.

Ingat, anda membeli kereta bukan kerana harga yang menarik tetapi betapa baiknya keseluruhan perjanjian!

Adakah artikel ini berjaya menarik minat anda untuk mendapatkan kereta terpakai? Menuju ke myTukar untuk pelbagai pilihan kereta terpakai!

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button