Articles Servis Kereta Semasa PKP

Servis Kereta Semasa PKP

Published:

Twitter

Setelah Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan hingga 14 April, rakyat Malaysia perlu mengelak keluar selama dua minggu, PKP kini dikuatkuasakan lebih tegas kerana pihak berkuasa sentiasa mengingatkan orang ramai untuk tinggal di rumah dan cara untuk mengelak wabak ini.

PKP juga menyebabkan kebanyakan kereta tidak digunakan sehingga 28 hari dan ramai tidak tahu apa yang perlu dilakukan dalam tempoh ini. Terdapat beberapa cara untuk menjaga kenderaan anda dalam keadaan baik semasa PKP.

  1. Panaskan kereta anda

Setiap kenderaan perlu dihidupkan (tempoh yang disyorkan adalah setiap tujuh hari) untuk mengekalkan fungsi. Salah satu komponen asas yang ada kereta, ialah bateri. Bateri adalah perkara utama untuk menghidupkan enjin dan menberi kuasa elektrik ke bahagian lain, dan jika kereta tidak berjalan dengan kerap, alternator tidak dapat mengecas bateri.

Untuk mengelakkan, panaskan enjin kenderaan anda dan secara berterusan selama 5 - 10 minit. Pastikan anda tidak hidupkan penghawa dingin dan mainkan muzik atau menonton klip. Penghawa dingin akan menarik arus dari bateri dan mengurangkan proses cas bateri. Sebaik sahaja anda selesai, jangan lupa mengunci kenderaan.

  1. Periksa tayar kereta anda

Tekanan tayar hendaklah diperiksa setiap dua minggu untuk memastikan ia dipam dengan tekanan yang dicadangkan, oleh pengeluar kereta anda. Cara terbaik untuk memeriksa tayar adalah dengan menggunakan tolok tekanan tayar atau melihat paparan TPMS (Tyre Pressure Monitoring System) seperti yang terdapat pada model tertentu. Sekiranya tayar kurang angin, pergi ke stesen minyak berdekatan dan pam.

Selain itu, jika anda parkir kereta anda di tempat yang sama selama beberapa hari boleh mengakibatkan tayar anda pancit. Akhirnya, bentuk bunga ditayar juga akan hilang dan mengakibatkan kemalangan di jalan raya yang licin. Untuk mengelakkan ini, gerakkan kenderaan anda ke hadapan atau ke belakang semasa memanaskan enjin kereta anda.

  1. Sanitize, Sanitize

Semasa PKP, mengamalkan pembersihan pada permukaan yang anda sentuh, terutamanya di dalam kenderaan anda (lihat artikel kami sebelumnya mengenai membersihkan bahagian dalam kereta). Selepas setiap perjalanan, pastikan anda menggunakan ‘hand sanitizer’ untuk mengelap permukaan seperti roda stereng, pemegang pintu, suis tingkap dan tuas gear. Sekiranya anda mempunyai sistem audio dengan skrin sentuh, gunakan kain lembut dan mengelap secara perlahan-lahan dipermukaannya.

  1. Pengelap cermin juga perlu dibersihkan

Jika anda parkir kereta anda di bawah sinar matahari, cara yang terbaik adalah mengangkat pengelap cermin keatas. Pemindahan haba dari kaca cermin anda dan pendedahan yang berpanjangan kepada sinaran UV akan menyebabkan pengelap cermin anda keras dan tidak boleh digunakan. Mengangkat pengelap cermin kereta tidak mencukupi, anda juga dinasihatkan untuk mengelap bahagian getah dengan air untuk memastikan ketahanannya.

Tips auto di atas mudah diikuti dan disyorkan pada semua pemilik kereta. Tips ini untuk memastikan perjalanan anda akan menjadi mudah semasa PKP. Selepas tempoh PKP, kereta anda akan bersedia untuk membawa anda keluar lagi untuk melakukan aktiviti harian anda dan banyak lagi.

Tags |

Suggested Articles