Articles Operasi yang terhad semasa PKP untuk syarikat Automotif

Operasi yang terhad semasa PKP untuk syarikat Automotif

Published:

Twitter

Untuk PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) didalam minggu keempat, keadaan semakin meningkat. Oleh itu, kerajaan telah mengeluarkan arahan untuk mengizinkan beberapa perniagaan untuk beroperasi. Selain itu, beberapa syarikat automotif telah mengambil langkah untuk beroperasi terutamanya selepas jualan dan perkhidmatan. Sesetengah syarikat telah memulakan operasi di cawangan terpilih, bermula hari ini.

Syarikat yang beroperasi perlu mengikuti prosedur ' Covid-19 ' seperti yang diarahkan oleh Kementerian, termasuk bekerja didalam masa yang singkat, kakitangan yang terhad dan mematuhi langkah-langkah pencegahan seperti jarak sosial dan menjaga kebersihan. Tempoh operasi ini perlu dilakukan dalam seminggu dan mengikut keputusan tertentu syarikat, manakala waktu beroperasi antara 10 pagi hingga 5 petang.

Syarikat automotif memulakan operasi pada hari ini sehingga akhir PKP, iaitu 28 April. Apabila PKP telah tamat, operasi perniagaan akan diteruskan seperti biasa. Perbadanan akan membuat pengumuman yang perlu sekiranya terdapat sebarang perubahan kepada jadual.

Membantu Pelanggan Melalui Elektronik dan Temujanji

Beberapa jenama automotif telah memperkenalkan chatbot (WhatsApp Messenger) untuk membantu pelanggan semasa PKP. Kakitangan yang menjaga chatbot tersebut akana sentiasa bersedia untuk memberikan maklumat kepada pelanggan mengenai model, promosi dan tawaran yang disediakan. Sekarang, Pusat Perkhidmatan Pelanggan boleh dihubung dengan temujanji sahaja. Pelanggan dikehendaki menempah temu janji dalam talian atau menggunakan chatbot, jika ada, untuk menempah janji temu untuk perkhidmatan kereta dan sebagainya. Setelah temujanji diterima, pelanggan akan dihubungi oleh wakil dari cawangan tertentu untuk mengesahkan slot tarikh dan masa yang tersedia. Oleh kerana waktu operasi yang terhad, temujanji itu adalah berdasarkan pada siapa cepat, dia dapat.

Langkah Memulakan Jarak Sosial

Tempahan dalam talian chatbot dan online adalah langkah yang diambil untuk menghadkan bilangan pelanggan yang datang dan mengamalkan jarak sosial yang selamat semasa PKP. Selain itu, semua orang dinasihati untuk memakai topeng muka. Seperti biasa, pemeriksaan suhu badan akan dibuat pada semua pusat perkhidmatan dan handsanitizer akan disediakan.

Suggested Articles