Articles #myTukarCares: Platform Dagangan Kereta Terpakai Digital myTukar Lancar Inisiatif CSR, Sasar Sumbangan RM1 Juta bagi Membantu Masyarakat yang Memerlukan dalam Tempoh PKP

#myTukarCares: Platform Dagangan Kereta Terpakai Digital myTukar Lancar Inisiatif CSR, Sasar Sumbangan RM1 Juta bagi Membantu Masyarakat yang Memerlukan dalam Tempoh PKP

Published:

Twitter

  • myTukarCares menyalurkan sumbangan ke arah membantu lebih 10,000 keluarga.
  • myTukarCares merupakan kempen kerjasama antara myTukar, MyGroser, The Food Purveyor, dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
  • Sumbangan akan dikutip melalui tiga saluran - sumbangan daripada myTukar serta warga kerjanya, transaksi dijalankan melalui platform myTukar, serta sumbangan daripada rakan niaga dan pelanggan sedia ada.

Kuala Lumpur, 12 Julai 2021 – Platform dagangan kereta terpakai digital, melancarkan kempen kutipan sumbangan #myTukarCares bagi menyantuni masyarakat kurang bernasib baik di tanah air. Dengan sasaran sumbangan lebih RM1 juta, kempen ini berazam menghulurkan bantuan kepada lebih 10,000 keluarga di seluruh negara yang terpaksa menempuh kesempitan ekonomi akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung wabak COVID-19.

Berlangsung dari Julai hingga hujung Ogos, myTukarCares merupakan kempen kerjasama antara myTukar, MyGroser, The Food Purveyor (TFP), serta beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO). NGO yang dimaksudkan ialah Free Makan, Making Orang Asli Mother’s Independent (MOAMI), Seri Jayanti Welfare Organisation, Pejabat Adun Kampung Tunku, The Hope Branch, Care & Share Circle (kumpulan sukarela), dan Dignity for Children Foundation. Menerusi kempen ini, myTukar akan mengutip sumbangan menerusi tiga saluran - sumbangan daripada myTukar serta warga kerjanya, transaksi dijalankan melalui platform myTukar, serta sumbangan daripada rakan niaga dan pelanggan sedia ada.

“Kami melancarkan kempen ini bagi menyokong rakyat Malaysia yang terdesak memerlukan makanan dan barangan keperluan. Bagi mencapai tujuan ini, hampir semua pendapatan yang dijana melalui transaksi myTukar akan disalurkan kepada rakan-rakan kerjasama NGO kami. Kami juga akan menyumbangkan RM50 bagi setiap kereta yang dijual, dan RM100 bagi setiap kereta yang dibeli menerusi platform pembidaan kami. Setakat ini, kami telah berjaya mengumpul lebih RM100,000 sumbangan daripada pihak syarikat kami,” kata Jeffrey Ong, Ketua Pegawai Eksekutif myTukar.

Sebagai platform dalam talian yang menawarkan rangkaian perkhidmatan komprehensif bagi segala aspek pemilikan kereta, myTukar menghubungkan pembeli dan penjual di seluruh negara menerusi satu platform pembidaan digital yang membolehkan mereka menjual atau membeli kenderaan dari keselesaan rumah.

Dalam kerjasama berkenaan, MyGroser akan memberikan sokongan tambahan menerusi hasil sumbangan daripada pembelian baucar Malaysia, Together-nya. Bagi setiap RM1 yang dibelanjakan, myTukar akan menyalurkan 20 peratus sumbangan tambahan, dan kemudian bekerjasama dengan NGO seperti Free Makan untuk mengenal pasti keluarga yang memerlukan.

“MyGroser sentiasa memfokuskan kepada keselesaan, fleksibiliti dan nilai. Matlamat kami adalah bagi menyantuni keperluan komuniti dan pelanggan kami. Apatah lagi pada masa ini kita perlu bersatu hati sebagai satu negara. Bersama myTukar dan rakan-rakan kerjasama yang berkongsi tekad yang sama, kami akan dapat menghulurkan bantuan kepada komuniti yang memerlukan. Kempen Malaysia Together kami akan memberi peluang kepada pelanggan untuk beramal setakat mana mampu dengan pembelian baucar. Sekecil manapun sumbangan, maknanya cukup besar buat masyarakat kita,” kata Stephen Francis, Ketua Pegawai Eksekutif, MyGroser.

Sementara itu, sebagai pembekal makanan untuk kempen tersebut, TFP akan memastikan barang keperluan disampaikan kepada keluarga memerlukan. Ditubuhkan pada tahun 2017, TFP merupakan rangkaian kedai runcit premium di seluruh Lembah Klang yang mengendalikan tiga jenama pasar raya terkemuka: Village Grocer, Ben's Independent Grocer (B.I.G.) dan Pasaraya OTK.

Mengulas tentang kerjasama berkenaan, Geoff King, Ketua Pegawai Eksekutif Food Purveyor, berkata, “Pada masa mencabar ini ketika ramai warga Malaysia memerlukan bantuan, kami berbesar hati dapat bekerjasama dengan myTukar bagi menyumbangkan barangan keperluan harian kepada komuniti ini. Tatkala COVID-19 terus menjejaskan kehidupan seluruh dunia, tatkala kerajaan dan barisan hadapan terus berjuang memerangi penularan virus, perniagaan wajar tampil ke hadapan bagi menghulurkan bantuan kepada masyarakat yang memerlukan.”

Wabak COVID-19 yang menembusi semua lapisan masyarakat bukan sahaja membawa kesulitan kepada ramai keluarga malah turut menggugat kestabilan ekonomi. Melalui inisiatif ini, myTukar berharap dapat menghulurkan sokongan diperlukan bagi membantu rakyat Malaysia berdiri semula di samping menjamin kesejahteraan keluarga mereka.

Untuk maklumat lanjut mengenai #myTukarCares, sila layari https://mytukar.com/

Tentang myTukar

myTukar merupakan platform pilihan anda untuk membeli dan menjual kereta terpakai. Sebagai sebahagian daripada Kumpulan Carro, myTukar merupakan platform dagangan kereta terpakai digital yang terbesar di seluruh ASEAN yang menawarkan perkhidmatan komprehensif bagi segala aspek pemilikan kereta. Selain menghubungkan pembeli dan penjual di seluruh negara, perkhidmatan syarikat ini turut merangkumi program penjualan, perniagaan selepas jualan, penilaian kenderaan segera, perkhidmatan pemeriksaan kenderaan profesional fizikal dan mudah alih, serta perkhidmatan logistik dan penghantaran di seluruh negara. Menerusi kerjasama dengan bank dan penyedia perkhidmatan kewangan, syarikat ini turut menawarkan produk dan perkhidmatan kewangan lengkap, sekaligus mengatasi cabaran modal terhad. Sejak ditubuhkan pada 2018, myTukar telah berkembang kepada lebih 2,200 pengedar berdaftar dan 17 pusat pemeriksaan.

Pertanyaan media:

 Abigail Henry
+60173833391
[email protected]

 Stephanie Yeoh
+60123072016
[email protected]

Tags |

Suggested Articles