Articles CARA-CARA UNTUK KERETA ANDA BEBAS DARIPADA COVID-19

CARA-CARA UNTUK KERETA ANDA BEBAS DARIPADA COVID-19

Published:

Twitter

Setelah dua minggu didalam Perintah Kawalan Gerakan, Kerajaan Malaysia mengambil langkah berjaga-jaga untuk memastikan kesihatan rakyat diambil dengan serius. Arahan baru yang telah dilaksanakan adalah setiap rumah hanya dibenarkan seorang sahaja keluar untuk membeli barang keperluan.

Rakyat menyedari bahawa COVID-19 telah merebak semakin meluas dan mengikuti peraturan untuk tidak keluar rumah dan bersosial. Ramai yang menggelak untuk berada di jalan raya, kedai makan dan tempat awam. Ramai diarahkan untuk ‘Bekerja Dari Rumah’, sementara beberapa syarikat tertentu telah dilanda oleh wabak ini.

Kita masih boleh mengambil bahagian kita dalam tempoh pencegahan dan kuarantin. Melaksanakan tips kesihatan yang dikeluarkan oleh CDC. Kepada pemandu, berikut adalah beberapa langkah mudah untuk membantu menjaga Covid tanpa memakai pakaian luar pelindung penuh.

Masih terdapat rakyat yang dikehendaki untuk melakukan perkara penting diluar rumah. ‘Tidak Bersosial’ bukan bermakna menjaga jarak dengan orang lain jika anda tidak berada dalam kawasan kuarantin dan termasuk langkah-langkah seperti tidak berjabat tangan dan perlu jarak 6 kaki dari orang lain.

Kereta adalah cara yang baik untuk mengekalkan jarak sosial berbanding pengangkutan awam jika anda sendiri, tetapi ia berbeza jika anda perlu memandu untuk penumpang atau perlu menumpang dengan orang lain, terutamanya jika anda seorang pemandu ‘e-hailing’.

Jika anda perlu berada di dalam kereta dengan orang lain, elakkan hubungan fizikal dengan penumpang seperti berjabat tangan, dan jika anda mahu bersin atau batuk perlulah lakukan ke dalam tisu atau ke lengan anda di belakang siku dan jauh dari orang lain.

Jika anda penumpang teksi atau ‘e-hailing’, duduk di belakang dan jauh daripada pemandu adalah yang lebih baik. Membuat pembayaran menggunakan perkhidmatan aplikasi adalah baik kerana ia tidak perlu untuk berinteraksi fizikal antara pemandu dan penumpang.

Sekiranya anda menggunakan wang tunai, gunakan ‘handsanitizer’ apabila anda keluar dari kereta dan cuci tangan anda. Pastikan anda mengelakkan menyentuh wajah anda selepas menyentuh bahagian yang sering disentuh didalam kereta tersebut. Dan, jangan memandu jika anda tidak sihat dan elakkan mengambil penumpang yang sakit atau mempunyai gejala.

Sekiranya anda sentiasa memandu kereta, lebih baik untuk sentiasa membersihkan permukaan yang keras atau yang kerap disentuh. Sabun biasa atau pembersih berkandungan alkohol 60% terbukti membunuh virus, anda tidak perlu menggunakan bahan kimia yang keras yang boleh membahayakan diri sendiri atau merosakkan ‘interior’ kereta anda.

TIPS UNTUK MEMBERSIHKAN KERETA ANDA;

Sebelum anda memulakan pembersihan, anda dinasihatkan supaya memakai sarung tangan yang betul atau basuh tangan anda sebelum dan selepas pembersihan.

Mulakan dengan pintu luaran dan dalaman, roda stereng, pemegang pintu, tombol gear, pengelap cermin depan, tali pingang keledar dan ‘seat adjuster’.Jangan lupa skrin sentuh, butang dan suis. Untuk mengelakkan air masuk ke dalam system, anda boleh menggunakan tisu.

Bersihkan papan pemuka, belakang kerusi, tingkap dan pintu. Untuk permukaan lembut seperti kusyen tempat duduk, ‘armrest’, ‘carpet & headliner’, gunakan pembersih yang sesuai untuk bahan seperti upholsteri atau pembersih kulit. Dilarangkan menggunakan pencuci berasaskan peluntur kerana ia boleh menyebabkan perubahan warna.

Akhir sekali, bersihkan kerusi kanak-kanak, atau mainan dan buku yang anda simpan di dalam kereta untuk menjaga kanak-kanak yang dihiburkan, serta barang-barang lain seperti kabel dan sebagainya.

Tags |

Suggested Articles